Hai saya Myun..
Saturday, October 1, 2011 @ 12:42 PM Masa semakin suntuk untuk aku tenungkan Entah bila kapan masanya untuk aku bebas dari pintu penderitaan ini Pintu kiri dan kanan yang ditutup rapi Tinngal hanya lubang kecil di tengah-tengah gerbang untuk aku mengintip keluar Gelap gelita di malam hari Tanpa Cahaya Hanya sinaran samar-samar dari rembulan yang mengambang Yang mengintip aku dari jauh Detik hati mahu keluar Lalu aku mula membuka langkah ke gerbang yang tidak pasti apa yang ada di sebaliknya Gerbang kepada sinaran kebahagiaan ku harapkan pasti Masihku lihat rebulan menemaniku menuju ke arah itu Degupan jantungku semakin laju Aku pun menempekkan tanganku ke gerbang Dan menolaknya dengan penuh hati-hati Lalu terpancarlah cahaya-cahaya yang terang ketika gerbang itu mula membuka dirinya Cahaya yang terpancar itu membuat hatiku tertanya-tanya apakah yang ada di sebalik gerbang itu Pabila gerbang itu terbuka luas Aku menjenguk keluar Mataku terlihat satu pemandangan Pemandangan yang sangat indah!! Pemandangan yang diberi oleh Allah untuk hambanya Ku bersyukur kerana terdapat juga ruang yang bahagia di dunia ini Akan aku guna nikmat yang diberi oleh Allah dengan sebaik mungkin @ Copyrights MyunJerr 2011/2015
|