Hai saya Myun..
Saturday, October 15, 2011 @ 10:45 PM
tengah aku usha blog kepunyaan Akzimar Az-Zahi...
~nie haa dye Akzimar Az-Zahi~
aku suke tgk karya beliau...perghh... memang bagus...antarenyer.... TERBABAR SERIBU KISAH Gahnya kita lebih lima dekad
Masa berlalu
begitu pantas
Meninggalkan
azab penjajahan
Yang telah lama
menyepi.
Ayuhai anak
bangsa
Kita selak
kembali babad-babad suram
Kita imbas
persetua hitam
Betapa perit,
pahit dan sakit
Untuk menebus
Kedaulatan dan kegemilangan
bangsa
Yang telah
hancur dimamah seksa petaka
Penjajahan.
Ketika sang
penjajah memperbabu bangsa seperti binatang
Detik itu kita
sedar perlunya sukma sejati
Untuk bangkit
menerobos tembok serdadu angkuh
Biar berputih
tulang jangan berputih mata
Biarkan
bertatih
Asalkan keris
merodok durjana
Walaupun sekali
cuma.
Pejuangku tidak
gentar dan tidak kecut
Biar nyawa
menjadi gadaian
Berhadapan
seteru bertopeng Iblis
Seraya
berteriak penuh semangat:
Bangkitlah
Bangsaku! Usahlah leka!
Mentak,
Kata-kata keramat
itu ditujukan kepada kita
Yang telah
hanyut dengan nikmat kebebasan.
Hari ini
masihkah ada lagi
Tangisan pilu
ketika titimangsa 31 Ogos tiba
Masihkah ada
lagi semangat juang yang tulen
Pada zaman
penuh hipokrit ini
Sesungguhnya aksara
tidak mampu mengurai
Erti sebenar
KEBEBASAN.
(sajak yang ditandingkan pada hari kemerdekaan sekolah kami)
KEMATIAN BILA??
Berbekallah ketaqwaan,
Kau tak tahu saat malam berlalu,
adakah ia menyisakan umur bagimu,
hingga fajar atang menjelang.
Berapa ramai orang yang sihat,
meninggal tanpa ada penyakit,
berapa ramai orang yang sakit,
hidup lama sepanjang hayat,
Berapa ramai remaja anak-anak belia,
memotong perjalanan umurnya,
jasad mereka terbujur lelap,
di kuburnya yang hitam dan gelap.
Berapa ramai mempelai wanita,
berhias untuk suami tercinta,
ajal tak dapat lagi ditunda,
pada saat malam pertama.
Berapa ramai muda dan mudi,
pagi berasmara petang bersenang hati,
tiada pengetahuan yang terpaut,
kain kafannya sedang dirajut.
14 ADA KISAH 14 nombor hebat
Kaitan antara bilangan, kedudukan, nama...
Tetapi bersama tarikh, ianya rumit.
Dihiasi kelam dan ceria
Kematian dan kelahiran.
Perang pasifik juga Valentine
Akan Valentine, tidak dapat dipisahkannya
bersama angka kelahiran.
Yang mengejutkan bagi kita
Tetapi bukan bagi mereka.
Hari ini berlaku peperangan
Peperangan kempen
Antara anti zina dan anti pakaian dalam
Perbezaannya sangat ketara
Kerana kedua-duanya dipisahkan dengan keimanan
Adakah kita perlu salahkan Saint Valentine
Akan apa yang berlaku disekeliling kita?
Atau sekadar menghina insan berdosa?
Bukankah Tuhan mengeji syaitan
Kenapa perlu mencium tangannya
Kerana manusia itu buta
Buta hatinya, juga matanya
Dilihatkan neraka
Hatta itu yang dipilihnya
Itu Bodoh bukan?
SATU LAGI PERSOALAN
Dalam sini aku catatkan
Ianya ada kaitan dengan tanda soal
Satu perkataan agak memualkan
Dari perspektif positif boleh juga negatif
Dari catik kepada hodoh
Ianya tersusun lima ankara
Antara cinta dan kejelekan
Antara kebingungan dan kebosanan
Sungguh mudah diungkapkan
Itulah ungkapan keramat
SIAPA?
Siapa disana, siapa disini?
Siapa dia, siapa ini?
Siapa pengkhianat, siapa lahanat?
Siapa pendusta, siapa terdusta?
Siapa bodoh, siapa pandai?
Siapa, siapa, siapa?!!!
Jangan terlalu memikirkannya.
Nanti kau akan gila.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dan banyak lagi laa....
karya-karya nie membuatkan aku termenung beberapa jam...(jam tuh)...hmmm.... ye la...nak pahamkan...derr... karya yang len leh la tgk kat SINI!!
~hatiyangasangattenang~
@ Copyrights MyunJerr 2011/2015
|