just me, myun.
Monday, February 6, 2012 @ 11:31 PM
~Assalamualaikum~

~Cinta apakah tandanya

Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa~

~Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja~

bak kate Yuna...cinta tak akan berguna kalau hati kite gelap...langsung tak terbuka untuk terima cinta...haaa...macam sekarang...budak2 sekolah selalu kejar cinta...tapi sampai bila mereka nak kejar??dah dok bercinta...putus...pastu cari lagi cinta...tak ke membazir mase yang berharge tuh??cinta yang mudah untuk kecapi tak nak pulak dorang cari...tu haa..cinta kat maha Pencipta...cinta kepada Allah...huuu~

cinta tu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Cinta bukan dicipta manusia...tetapi ianya anugerah dari Ilahi yang sangat indah dan unik...

Cinta tu memang pelik...datangnya tanpa paksaan...perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ia hanya perlu dibelai dengan kelembutan untuk mengindahkan lagi keseriannya...tapi...kalau kekasaran mula datang...mungkin akan membawa perpisahan...kita kadang2 lupe...cinta tu adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan...tanpa cinta...perkahwinan tu ibarat mati...tanpa apa2..hanya sia2...ibarat rumah kosong tanpa penghuni...

Cinta…kalau kite memilikinya, kite tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan kalau kite tak memilikinya,apa pun yang lain yang kite miliki tidak banyak bererti.
*fact~mungkin betol...huhu...

Jika kite kehilangan cinta, pasti ade alasan disebaliknya...alasan yang kadang2 sukar untuk ditafsirkan..namun percayalah ketika Dia (Allah) mengambil sesuatu dari kite..Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk kite...

ok...kite selalu fikirkan yang cinta tu suatu pengorbanan...tapi mengape pengorbanan tu bukan satu noktah sebuah cinta??andai kata derita tuh harga sebuah cinta...kenapa cinta semakin sukar untuk dimiliki??
yup...cinta tuh bagai kota kristal...indah dipandangan...derita di perasaan..
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

ps:Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.
@ Copyrights MyunJerr 2011/2015